Nor Aliza Mohd Ramzi atau lebih dikenali sebagai Leeza Ramzi merupakan seorang 'instafamous' yang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Leeza yang kini sudah mempunyai hampir 185K pengikut di Instagram terkenal dengan hobinya yang sudah berkongsi pelbagai jenis video masakan. Video masakannya cukup mudah difahami dan paling menyeronokkan bila melihat aksi anak bongsunya dengan gaya yang mencuit hati, makan dengan penuh gaya dan nikmat menjadi 'food taster' masakan ibunya. Leeza juga pernah bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama seperti Adabi, Vida Malaysia, Kelloggs, F&N dan sebagainya.