Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela dimana beliau telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial dan Setelah Ku Dimiliki sebagai Tengku Ismahanim dan Sarra dimana beliau telah digandingkan bersama Idris Khan dan Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Ratings & Reviews

0.0

  • 5
  • 4
  • 3
  • 2
  • 1